Thursday, December 9, 2010

Merdeka!!!!

Merdeka jugak aku akhirnya....setelah sekian lama menunggu.... tapi, rasa x best pown adew.... dh x dpt jmpew mmber2 yg len.....ermmm.......hrp diowg wat reunion r..... leh bersatu alek...hahaha...
tp, adew 1 bnd yg plg ak mnyesal skali...... law la ak x luahkn awal2, mngkin ak jd rapat ngan dye....
tp skunk ni sume dh terlmbt.... erm...... rse skit lak ati ni ble tgk gmbr dye.... ak terkilan gler....... inilah penyesalan yg x adew ksudahannyew.......

Wednesday, December 8, 2010

Sekolah Terakhir

Zaman persekolahan.. memang menyeronokkan. Kita tinggal dalam rumah yang besar, dalam bilik masing-masing. Tidak dapat nak dinafikan, banyak kenangan yang telah dicipta bersama adik-beradik yang lain. Suka dan duka, itu lumrah kehidupan. Yang penting, kita sanggup untuk menghadapinya. Segala kenangan pahit dan manis, sudah masih segar dalam ingatan. Pelbagai karenah yang kita lihat, yang kadang kala membuat kita tersenyum sendirian. Kutuk- mengutuk, bergurau senda, ketawa sampai berguling-guling, marah tak tentu pasal, cepat 'touching', semuanya berlaku dalam sebuah bilik darjah yang kecil. Walaupun begitu, kita tetap bersama. Menjalinkan sebuah hubungan akrab antara satu sama lain. Kita pasti akan merindui semua itu.

* * *

Ada segelintir pelajar yang berasa bosan dengan sekolah. Sekolah tak cantik, cikgu tak 'best', pelajaran yang membosankan, dan macam-macam lagi yang pasti akan keluar dari mulut pelajar. Akan tetapi, bila tiba saat untuk meninggalkan sekolah, buat selamanya, pasti mereka akan berasa sedih, termasuk saya, kerana tidak menghargai sepenuhnya saat-saat ketika berada di sekolah, terutama di sekolah menengah. Sebak, sedih, kecewa, gembira, semuanya pasti akan wujud dalam sanubari setiap individu, bila tiba saat itu. Saya sendiri tidak dapat hendak menggambarkan perasaan saya yang sebenar kerana tanpa disedari, air mata saya menitis dan jatuh ke bumi. Sudah tidak dapat ditahan lagi perasaan itu. Walau apapun, hidup haruslah sentiasa ceria dan gembira, diselangi dengan gurau senda dan ketawa. Ceria selalu!

* * *

Begitu pantas masa berlalu. Secara tidak sedar kita bakal meninggalkan sekolah yang kita cintai dan yang kita sayangi. Kita pasti akan merinduinya. Kata orang, "Jalan mesti ke depan, bukan ke belakang." Jadi, walau apapun, kita hendaklah buka buku baru dan meneruskan perjalanan hidup kita. Kita juga perlu memilih sama ada masa depan kita cerah atau sebaliknya. Memilih kerjaya yang kita minati, yang menentukan arah hidup kita dan begitulah seterusnya. Hidup mesti diteruskan. Bukan dunia sahaja harus kita kejar, malah akhirat juga. Biarlah kedua-duanya seimbang supaya kehidupan kita menjadi lebih bermakna dan sempurna. Tidak ketinggalan juga, semoga jumpa pasangan yang sesuai dengan diri kita. Ingat, berpasangan bukan berdasarkan rupa paras atau hawa nafsu, tetapi berdasarkan keikhlasan hati dan menerimanya seadanya. Enjoy Life!