Sunday, January 9, 2011

8 Januari 2011

Tanggal 8 Januari 2011, iaitu hari sabtu, merupakan hari bersejarah dalam hidupku... Mengapa? hari itu merupakan hari di mana seluruh kerabat keluarga kami, kehilangan seseorang yang kami kasihi... Hari yang sepatutnya menjadi hari yang bahagia kerana ia merupakan hari perkahwinan abang saudaraku bertukar menjadi pilu, apabila mendapat khabar tentang kematian nenek kami, atau lebih mesra kami memanggil beliau, Nyaie... Sebak rasa di dada menahan air mata daripada mengalir, namun terpaksa melepaskannya jua... Nyaie merupakan orang yang paling rapat dengan seluruh saudara-mara kami... Peninggalan beliau seolah-olah sukar untuk diterima dalam sanubari setiap insan yang menziarahinya tetapi, Tuhan lebih menyayangi beliau dan kami pasrah dengan pemergiannya...Beliau meninggalkan segala-segalanya dan hanya berbekalkan pahala amalan dan iringan doa daripada kami untuk kembali ke sisi-Nya... kami berdoa agar Nyaie ditempatkan dalam kalangan muslimin dan muslimat serta orang-orang yang beriman dengan-Nya, Insyaallah...Al-Fatihah....

No comments:

Post a Comment