Saturday, September 24, 2011

C.I.N.T.A



Cinta
Kadang-kadang kita tak pernah tahu kenapa kita mencintai seseorang
Mungkin terasa diri begitu kerdil untuk berterus terang dengan si dia tentang perasaan ini
Atau kita merasakan kita bukanlah seorang yang hebat untuk menyayangi dan disayangi
Sehinggakan perasaan itu memaksa kita untuk berterus terang
Dan akhirnya terungkaplah sebuah kata-kata yang berbunga
Daripada situ,
Timbulnya perasaan lain yang dikatakan Harapan
Apabila kita meluahkan segala isi hati
kita akan mula mengharapkan supaya cinta kita diterima olehnya
Kita sanggup untuk menunggu dan menunggu
Walaupun pelbagai dugaan yang mendatang untuk menafikan perasaan ini
Namun kita tetap yakinkan diri bahawa dialah milik kita
Kemudian,
Bila cinta kita ditolak
Terasa bagaikan diri kita langsung tak berguna
Kadang-kadang tuhan dipersalahkan
Kenapa perlu mencipta diri ini
Andainya hanya sekadar untuk dikecewakan
Kenapa perlu ada naluri
Andai untuk dipersiakan
Berbagai persoalan yang datang menerjah minda
Diselangi dengan gelora perasaan yang berbagai rasa
Kadang-kadang
Kita berputus harap
Sehinggakan maut menjadi pilihan
Maka terpisahlah jiwa dan nyawa.

No comments:

Post a Comment