Friday, September 16, 2011

Kehidupan Harus Diteruskan...

Pernah tak anda semua mengharapkan sesuatu yang mustahil untuk anda kecapi?? Mesti ada kan?? Kadang-kadang benda tu menarik perhatian kita sampai kita sendiri terkejar-kejar dan angau tentangnya. Sukar tuk membuang  perasaan tu. Ianya seolah-olah ada satu daya tarikan yang kuat yang menarik kita ke arahnya. Kenapa? Sesetengah orang mengatakan, 'Jangan mengharap benda yang tidak pasti.' atau 'Usah dirayu pada yang tak sudi, cari lain sebagai pengganti.'.. Akan tetapi ada pula yang mengatakan, 'Jika anda inginkan sesuatu, berusahalah tuk mendapatkannya.' atau 'berusahalah, walaupun gagal, sekurang-kurangnya anda mencuba daripada tak buat apa-apa.' Jadi, anda sendiri yang menentukan masa depan anda. Berusahalah sedaya upaya. Biar gagal kerana mencuba dan pasti ada hikmah disebalik kegagalan itu...Enjoy life! Adios, Salam...: D

No comments:

Post a Comment